MENITI MAUT 2: DETIK DEBAR
FROM ME TO YOU:
TERIMA KASIH kepada anda sekalian yang telah memberi komen yang memberangsangkan terhadap MENITI MAUT. Anda yang 17, Hilman, Hannan, Serunai Faqir, Web Sutera, Atim, Linda Amri, Dropmental, Fairuspeng, Cheyaya, Kelubung, Ashraflatif, Norra, Hanys, Ina ALAFfc, Amylina, Torpedo, Cikli serta beberapa pembaca yang memberi komen-komen pendek seperti AKIM dan MIELONG mengenai MENITI MAUT benar-benar membuatkan saya memutuskan memilih genre aksi sebagai medan pengkaryaan saya. Terima kasih, saya amat menghargainya.
DI ATAS penghargaan itulah maka saya mengambil keputusan untuk memaparkan fragmen-fragmen MENITI MAUT 2: DETIK DEBAR mulai hari ini, 27 Jun 2009. Ini adalah kerana, sebilangan daripada anda telah bertanya-tanya bila MENITI MAUT akan disambung. Dan, ada yang memberi cadangan kandungan karya berikutnya. Saranan saudara Websutera yang inginkan saya memaparkan scene di Thailand, saya sambut sebagai cabaran meskipun tidak terfikir untuk membawa anda ke Thailand dalam sambungan ini. Setelah memerap idea untuk beberapa ketika, so here goes.
DETIK DEBAR
LANGIT membiru sesaujana mata memandang. Tiada langsung tompokan awan meskipun di ufuk langit. Di saat ini, tiada lakaran seni indah awan gemawan ciptaan ALLAH Al-Musyawwir. Cahaya mentari bebas memanah dan memeritkan bumi. Mengeringkan rumput, mendebukan jalan dan mengontangkan parit. Di sebatang jalan bertar yang melintasi kawasan ini, udara panas bergerak meliuk lentuk memanjat ke udara daripada permukaannya. Sudah dua minggu hujan tak turun. Jika keadaan begini berterusan untuk seminggu lagi, kemarau pasti melanda daerah ini.
Suasana di sini teramat sunyi. Bagai tiada kehidupan yang mendiami. Yang kelihatan hanyalah seekor burung helang yang terbang perlahan melayangkan tubuhnya. Sesekali, bila kedudukannya semakin merendah, ia mengepak beberapa kali untuk meninggikan kembali penerbangannya. Sesekali, kepalanya terteleng-teleng. Memanahkan pandangannya ke bumi, ke celah-celah rumput dan parit yang kering kalau-kalau ada rezekinya untuk hari ini.
ALLAH Maha Menyayangi seluruh makhluk-NYA. Tiba-tiba mata sang helang ternampak bangkai seekor tikus di permukaan jalan raya. Makhluk itu melintasi jalan ini pada malam tadi. Takdir menentukan ia mati dilanggar sebuah kereta. ALLAH yang mengatur kematian sang tikus untuk rezeki sang helang pula pada tengahari ini.
Sang helang tidak mengepak lagi. Sebaliknya sayapnya dilebarkan. Membiarkan tarikan graviti merendahkan kedudukannya. Lalu ia terbang berkeliling menghampiri bangkai tikus itu sambil menoleh-noleh untuk memantau kawasan sekitar demi keselamatannya. Mana tau, jika tiada musuh, ada pula burung lain yang muncul untuk merampas rezeki daripadanya.
Baru sahaja ia berkira-kira untuk mendarat, puputan angin menyerbu dari arah hadapannya! Sang helang terkejut dan berwaspada! Ia tahu jika angin datang dari arah hadapan, itu petanda ada tolakan kuat suatu objek yang menyebabkan angin tersedut ke arah belakangnya! Suatu bunyi yang menderum menangkap pendengarannya. Dengan pantas sang helang mendongakkan kepalanya. Mengibarkan sayapnya beberapa kali. Dalam masa tiga saat, tubuhnya sudah meninggi ke udara melebihi paras pokok semarak api yang ada berhampiran…
Pemanduan lajunya sedikit terganggu bila terpandang seekor burung helang terbang merendah sebaik sahaja keretanya membelok menuruni selekoh ini. Tapak kaki kanannya sudah tergerak mahu menekan brek. Namun pengalamannya mengatakan sang burung akan sempat mengelak membuatkan dia terus memecut. Benar. Helang itu sempat mengeluskan dirinya sesaat sebelum kenderaannya merempuh.
Pandangan Fariz tertumpu ke cermin sisi memerhati kelibat burung yang terbang menjauh. Namun ia hanya seketika. Sesaat kemudian pemerhatiannya teralih kembali ke sebuah kenderaan pacuan empat roda yang muncul mendadak dari selekoh di belakangnya. Kelajuannya membuatkan ia menggelongsor di selekoh bagai aksi drift lagaknya.
Sejak kira-kira setengah kilometer sebelum ini, mata Fariz kerap memantau kenderaan di belakangnya. Sebelum itu, ia muncul secara tiba-tiba dari sebuah lorong di sebelah kiri jalan. Nyaris-nyaris kenderaan pacuan empat roda itu menyondol keretanya.
Meskipun hatinya memberontak marah, Fariz hanya mengelak dan memecut laju meninggalkan kenderaan itu. Dia tidak mahu bertentang mata dengan si pemandu untuk menzahirkan rasa marahnya. Tindakan itu akan mengundang pertengkaran dan membuang masa. Sedangkan pada saat ini, masa amat penting baginya. Penting kerana kini dia sedang menjalankan sebuah misi rahsia.
Fariz Zafar. Pemuda tegap berusia 23 tahun ini adalah seorang ejen perisik. Sudah hampir setahun bertugas dengan Biro Risikan Negara atau BISIK. Ketangkasannya mengendalikan misi dalam mengekang penaklukan penjajah ekonomi ke atas syarikat-syarikat di Malaysia tidak lama dahulu menerima pujian dari pihak atasan. Kini, dia ditugaskan untuk mengendalikan misi kedua.
Layar minda Fariz pantas memutar imej-imej yang memberi ingatan mengenai misinya ini. Bagai tayangan filem yang berulang-ulang di layar perak. Ya. Dia ke mari dengan satu tugasan. Tugasan yang memerlukan dia menyamar. Menyamar sebagai seorang penyeludup. Penyeludup manusia untuk seorang penjenayah. Penjenayah yang bernama Awut Chaovalit!
“Awut Chaovalit?” Fariz bertanya kepada bosnya sewaktu taklimat operasi pada malam kelmarin.
“Hmm,” jawab Tuan Aziz, Ketua Pengarah BISIK.
“Awut Chaovalit tak mati? Mustahil! Saya yang tembak dia, tuan. Peluru saya menembusi jantung, halkum dan dahinya!”
Tuan Aziz tersengih kecil mendengarkan jawapannya. Kemudian dia bertutur perlahan, “Yang awak tembak hari itu bukannya Awut Chaovalit."
"Kalau bukan dia... siapa?" soal Fariz kehairanan.
"Kembarnya!”
Fariz terpempan mendengarkan jawapan itu.
The Making of...
Rujukan latar tempat : http://en.wikipedia.org/wiki/Narathiwat_Province
Muzik ketika menulis bab ini: http://www.youtube.com/watch?v=9f7K0BQscyQ
16 comments:
Salam, saya dah betulkan setting. (beru belajar) Kini, anda boleh komen entri saya.
Komen drp LiNDa:
salam singgah saudara eyman. sudah baca DETIK DEBAR.. mmg sgt mendebarkan & nampak mcm penuh suspen.. bijak2, mmg penulis kena bijak & kreatif.
Eyman: Terima kasih, Linda. Mudah-mudahan ia 'menendang' (kick) seperti Meniti Maut.
Komen drp Ina:
terima kasih atas jemputan ke blog eyman.DD harus diteruskn dgn kadar segera!menanti ni satu penyiksaan..tahniah!
Eyman: Tq. Saya paparkan di blog sbg cara utk memotivasi diri agar cepat siapkan. Idea yg bersarang di minda ini mula menghantui. Arghhh!
Komen drp Ain:
salam en eyman..waduh.... rasa x sabar nak tggu keluaran buku mm 2 tu...detik debar..mmg debar..kefragile an melanda diri ku..huhuhu...
EymanHykal:
Ain... sy sndiri pun berdebar2 kalau idea mati & x leh entri!
Komen drp ina:
Awut tak mati lagi, ni yg suspen tau.jgn dikacau kesayangan fariz cukup. Bgus juga ada cara utk motivate diri ye.hump..leh guna pakai tu..
EymanHykal: Detik Debar sy ni hari2! Tntang Awut tu... ehem, sebenarnya... Awut tu...
Komen drp ciklie:
salam eyman.. agak menarik fragmen detik debar berkenaan. tidak sangka akan mucul semula Awut Chaovalit dalam MM2 ini.. xsabar menunggu fragmen ke-2.
EymanHykal: Wslm, Ciklie... Tq. Singgahlah lagi, ya? Hope u enjoy reading.
Salam..teringat saya pada scene akhir Meniti maut tentang tawaran kepada Fariz untuk membnntu kes di Thailand.Jadi ini ke sambungannya??
Hrm,nampak menarik,Awut ada kembar..hebat2 macam2..
Anonymous...
Ya, Fariz ke Thailand dgn misi sbg talibarut Awut. Mudah-mudahan misi ini menarik. Apa pun, tunggulah entri 4.7.09
Be surprised. Be very, very surprised... (lalu terus terhibur!) :)
Komen drp Sitinas:
ERm, kat Malaysia sendiri xda watak wartawan yang best ke??
hmmm...menarik tu...pasti meletoop MM2 kali ni..(",)
EymanHykal: Sitinas... tk di atas doa agar MM2 meletopz. Wartawan kat Msia nnti ialah Normala Mustakim! Mungkin begitu, kot?
Wah, ini sudah baguz..bertambah menariklah scene akan datang ni..bukan senang nak cetuskan idea penyamaran dalam masa yang sama keselamatan dan kerahsiaan diri terjamin..okey,all d best..pasti ditunggu entri2 yang seterusnya dengan pelbagai aksi mendebarkan..
Assalamualaikum Sdr Ayman,
Terima kasih kerana titipkan nama saya di entri ini. Ia sangat mengujakan, hihihi..Baru ada kesempatan untuk menjengah sejak terima SMS dari saudara tatkala dalam perjalanan ke Melaka hujung minggu lepas.
Ermm...Memang maut! Fragmen permulaan yang saya kira ada kesinambungan dari Meniti Maut yang pertama.
Selatan Thailand yang merangkumi Pattani, Yala & Narathiwat memang memiliki sejarah yang pedih dan penuh maut. Ketiga-tiga daerah Melayu-Islam ini telah menyaksikan banyak nyawa melayang, insan yang tidak berdosa juga turut menerima akibatnya.
Saya kira tidak lengkap jika sdr tidak memasukkan elemen sejarah perjuangan umat Melayu-Islam di sana. Bagaimana Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (Pulo) dilabelkan teroris oleh Thailand dan dunia Barat. Walhal apa yang mereka perjuangkan ialah keadilan dan kesaksamaan.
Sebagai fiksyen, saya kira, boleh dimasukkan peranan Yahudi Zionis dalam merencanakan kemelut Selatan Thailand.
Hubung kait dengan Malaysia & BISIK? Sdr Ayman lebih arif dalam hal ini.
Saya bercadang ingin mengulas lebih lanjut mengenai wacana yang ada dalam Meniti Maut, juga dalam Mikhail karya sahabat Ramlee Awang Murshid. Jika sudi, baca entri terkini saya di blog buku saya mengenai hal ini. InsyaAllah, saya akan membuat ulasan khusus untuk Meniti Maut dan Mikhail.
Till then..
May Allah bless you & family. Amin!
-- Web Sutera
http://pasalbuku.blogspot.com
Sdra. Anonymous... Thanks.Insya-ALLAH esok saya paparkan fragmen ke-2. Mudah-mudahan mendebarkan... :)
Sdra WS... sempat singgah, ya? Wow!Idea ttg PULO, agama Islam dan agenda Zionis di Selatan Thai mmg ramuan yg bagus. Kalau kena garapannya, DD boleh maut! Kalau tak kena gaya, penulisnya pulak menempah maut! Ni yg berasap otak bila WS tabur idea, ni! :)
Berasap jangan tak berasap! hehehhe..
Cuba kaji dgn teliti. Banyak elemen boleh dimasukkan. Kerajaan Malaysia pun memang bersimpati dgn perjuangan PULO. Cuma, ya, 'fiksyen' perlu dicipta.
Salam..Saudara Web Sutera, saya bersetuju dengan pandangan dan idea tuan..Huh,bukan senang tue..kita sama2 doakan semoga saudara eyman dapat kekuatan dan ilham terbaik dalam menghasilkan perkongsian plot2 cerita yang memberi manfaat buat kita semua..Insya Allah..Good luck ya!Saya yakin saudara Eyman BOLeH! ;)
Sdra Web & Anonymous... hah ha.Saya akn tengok,kot mana boleh masukkan ttg PULO ni. Bayang2 idea tu dah nampak, tapi imej blurr lagi.
Bos,
1 more thing. Dari kenyataan penduduk di sana, pembunuhan yg terjadi, terkini pada jemaah yg sedang solat Isyak di masjid baru2 ini, ialah perbuatan soldadu kerajaan Thai. Sumber juga mengatakan bahawa semua itu juga mungkin diokestra oleh geng mafia Bangkok yg ada agenda tersendiri. Antara lain supaya isu power struggle antara pihak2 berkenaan (termasuk istana Thai) dpt dialihkan ke isu PULO. Got an idea? hehehhe..
Sdra WS,
Mercenaries, my friend... mercenaries. Merekalah yg melaga-lagakan masy Buddha & Islam di sana. Di Iraq dulu ada Blackwater,dll. Di Thai tentunya ada.
intro yg best.. xsangka helang pun boleh direlatekan dengan kereta.. haha..
Post a Comment