FRAGMEN 34: DETIK DEBAR
Foto: militaryphotos
FRAGMEN 34
DETIK DEBAR
Lebuhraya Putrajaya
SETELAH disambut secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, konvoi Presiden Amerika terus berangkat ke hotel penginapan, tidak jauh dari lapangan terbang. Kereta Presiden yang dikenali sebagai The Beast adalah kereta yang paling hadapan diiringi dua motorsikal polis trafik PDRM.
Di belakang The Beast, sebuah kenderaan SUV buatan Amerika iaitu Sierra GMC mengekori. Kenderaan itu dinaiki empat orang ejen Secret Service. Selain daripada si pemandu, tiga orang ejen berdiri dengan senjata terhunus ke arah hadapan, kiri dan kanan kenderaan. Dua buah kenderaan lain yang ditumpangi para pegawai Presiden turut mengekori. Sebuah kereta PDRM berada di belakang sekali bersama dua buah motorsikal berkuasa besar yang ditunggangi oleh anggota-anggota UTK.
Di langit, sebuah helikopter PDRM mengawasi pergerakan konvoi itu. Malah, di kiri dan kanan lebuhraya yang dilalui oleh konvoi Presiden dikawal dengan polis trafik serta kereta-kereta peronda jenis Evo di setiap persimpangan.
Begitulah pentingnya keselamatan Tuan Presiden. Setiap pergerakannya diiring dan dikawal rapi. Kehadiran pasukan PDRM yang lebih ramai daripada ejen-ejen Secret Service itu pun dapat dilakukan setelah Ed Arden, Ketua Secret Service diyakinkan dengan kecekapan prestasi PDRM sendiri.
Pekarangan Hotel Prominent
SATU pemandangan yang kurang menarik mula terserlah sebaik sahaja The Beast membelok perlahan ke lobi hotel tempat Tuan Presiden menginap. Kelihatan lebih 200 orang penunjuk perasaan berkumpul dan mengibar-ngibarkan sepanduk anti-Amerika. John Martinez yang duduk tersandar di kerusi belakang terus duduk menegak. Matanya meliar memandang wajah-wajah yang kelihatan marah. Meskipun keretanya kalis peluru dan kalis bunyi, John dapat mengagak mereka terjerit-jerit mengutuk negaranya. John sudah terbiasa dengan fenomena anti-Amerika sebegini.
“Tak sangka saya… di Malaysia pun, saya punyai ramai peminat,” ujarnya perlahan.
Ed Arden yang duduk di kerusi hadapan, nyata terganggu dengan apa yang didengarinya. Dia terus menghubungi David Doron.
DARI kaca cermin lobi hotel, David Doron memerhati pergerakan The Beast yang bergerak perlahan menghampiri pintu masuk hotel apabila dihampiri oleh penunjuk perasaan. Dia nampak beberapa orang anggota polis yang membina benteng agar para penunjuk perasaan tidak dapat menghampiri konvoi Tuan Presiden. Tiba-tiba fonselnya bergetar.
“Kau kata, semuanya sudah beres! Apa ni, David?” kedengaran suara Ed yang berbisik tetapi nyata menggeram. “Aku tak sepatutnya percaya dengan janji kau yang semuanya terkawal.”
“Biasalah, Ed. Mana ada negara yang benar-benar sukakan Amerika kecuali Israel? Demonstrasi yang kecil-kecil sebegini bukannya perkara baru bagi kita. Jangan bimbang. Pihak polis Malaysia dah jamin demonstrasi ini terkawal.
Budak-budak yang berdemonstrasi tu hanya hendak muncul di TV di serata dunia. Mereka bukannya serius! Percayalah cakap aku,” jawab David sambil tersengih-sengih. Geli hati mendengar alunan suara bimbang Ed.
Di hujung talian, Ed tidak menjawab. Mungkin kerana meluat dengan sikap ambil mudah David. Apabila tiada suara yang mencelah, David mematikan panggilan dan menutup fonselnya. Belum pun dia menyimpan fonselnya ke dalam poket, telefon itu bergetar semula.
Wajah David berubah menjadi serius bila terpandang wajah si pemanggil yang terpapar di skrin fonselnya. Wajah Gluke Chayim, Pengerusi The Group, sebuah kumpulan pelobi Yahudi yang berpengaruh di Amerika kelihatan serius. Malah, seingat David, lelaki itu tidak pernah tersenyum.
“Ya, tuan,” ujar David.
“Pagi esok, aset kita akan mendarat di KLIA melalui penerbangan Thai Airways. Dia adalah tetamu kamu. Sambut dan raikan dia,” kata Gluke.
“Esok? Di sini?” tanya David dengan nada yang teruja kerana faham bahawa istilah ‘aset’ adalah ganti nama bagi ‘ejen upahan’.
“Namanya Alvaro.”
“Mengapa lakukan di sini? Di Malaysia? Mengapa di Malaysia?”
“Jangan bertanya sebab aku tak akan beri jawapan.”
Wajah Gluke tiba-tiba menghilang dari skrin fonselnya. David mengeluh apabila talian diputuskan. Dia mengetap bibir. Berfikir-fikir mengapa orang bernama Alvaro dihantar ke Malaysia pada saat ini. Tertanya-tanya apakah operasi yang diura-urakan akhirnya akan terlaksana? Apakah masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba? Sungguh. Dia tidak menyangka Gluke Chayim benar-benar inginkan rancangannya dilaksanakan secepat ini.
Pemandangan di luar hotel menangkap perhatiannya. Kelihatan mereka yang berdemonsrasi bercempera lari dan berpecah apabila terpandang dua buah trak FRU tiba. David tersenyum bila ternampak, salah seorang daripada mereka yang cabut menyelamatkan diri adalah Bakar Buang.
PERCIKAN lampu dan decitan bunyi petikan kamera kedengaran bertali arus. John Martinez hanya berhenti seketika dan tersenyum memberi pos yang menarik untuk media sebelum terus mengatur langkahnya.
Para pekerja hotel dan orang awam bagai terpukau memandang rombongan presiden yang berjalan pantas menuju ke lif. Mereka kesemuanya menghentikan apa yang dilakukan kerana buat kali pertama menatap wajah Presiden Amerika di depan mata. Pandangan mereka menelusuri langkah pemimpin itu hingga pintu lif. Hanya apabila pintu lif tertutup, baharulah mereka menyambung tugas masing-masing.
David Doron yang menyambut presidennya seketika tadi tidak ikut sama ke aras penthouse kerana perlu menguruskan set sidang akhbar dengan pihak media di sebuah bilik khas sebelum John menghadiri majlis Santapan di Raja di Istana Negara. Dia kelihatan bercakap-cakap dengan para petugasnya agar ruang sidang akhbar itu selesa dihadiri berpuluh-puluh orang wartawan. Setelah berpuas hati dengan persediaannya, David melangkah untuk naik ke biliknya.
“David...”
Langkahnya mati bila terdengar namanya disapa perlahan. Lantas David menoleh. Wajahnya jadi mencuka bila melihat Jennifer Miles tersenyum padanya.
Dia sempat menjeling ke arah seorang lelaki yang ada bersama wartawan wanita itu.

Bersambung di minggu mendatang, insya-ALLAH.
11 comments:
lelaki yang bersama dengan milles = fariz kan.. huhu, apa pulak la chayim tu nak plan.. mesti ada misi penting yg akan alvira buat kat malaysia..
alvira mana la pulak, alvaro da.. huhu.. terlebih khusyuk la en.norden..
boleh ya pdrm convince secret service? US dah extra careful after JFK incident. hehe.
Akim... Fariz... betul.
Misi penting? Ya, misi penting.
Tugasan Alvaro (pilih nama dari nama salah seorang pemain Uruguay, huhu)
adalah untuk...
It IS David Doron who negotiates with PDRM and told Ed Arden, everything is under control. Why did he do that? Gluke Chayim knows why...
fuhh..
salam en. eyman hykal,
saya ingin menjemput encik untuk berkongsi idea di forum militari negara di http://panggilanpertiwi.forumotion.net/
En. Eyman,
Maaf kerana mengkritik. Bukan maksud saya nak mengajar encik tetapi beberapa fakta menyebabkan pembacaan saya terbantut.
Perkara yang paling buat saya tidak dapat menikmati cerita encik adalah tentang nama dan panggilan orang Amerika. Mereka menggunakan First Name dan Last Name, yang mana Last Name adalah nama keluarga, bukannya nama ayah. Oleh itu, jika ayah Jennifer adalah Miles Stewart, maka namanya sepatutnya Jennifer Stewart, bukannya Jennifer Miles.
Biasanya secara formal mereka menggunapakai Last Name, kecuali ketika santai atau bersama kawan-kawan rapat. Jika namanya Gluke Chayim, dia di panggil Mr. Chayim, bukannya Mr. Gluke. Begitu juga semasa bercakap, mereka hanya gunakan Last name, misalnya Mr. Arden, bukannya penuh Mr. Ed Arden kecuali dalam situasi tertentu. Presiden Barrack H. Obama dipanggil Presiden Obama, bukannya Presiden Barrack.
satu perkara lagi, beza masa antara Malaysia dengan beberapa negeri di Amerika Syarikat adalah 13 jam. Siang di KL adalah malam di Washington. Mungkin encik tahu tentang beza masa ini tetapi nampaknya watak-watak dalam cerita encik macam tak sedar mereka berada dalam waktu mana.
Perkara begini walaupun nampak simple tapi memberi kesan kepada penghayatan saya terhadap karya encik. Harap kritikan ini diberi perhatian. Terima kasih.
Sdra Kudabesi,
Terima kasih. Saya sudahpun join forum itu.
Sdra Anonymous,
TERIMA KASIH. Terima kasih kerana peka dan prihatin untuk menegur. Memang sebetulnya saya tidak sedar akan penggunaan panggilan itu.
Saya akan betulkannya nanti.
Mungkin bapa Jennifer bernama Stone Miles. Jadi Jennifer masih bernama Jennifer Miles kerana saya sukakan nama itu. (Watak hybrid Jennifer Lopez dan Jennifer Gardner)
Saya akan ubah nama panggilan itu pada fragmen2 mendatang. Namun, hanya akan mengubah panggilan keseluruhannya di dalam manuskrip asal sahaja.
Fragmen2 saya masih di peringkat deraf. Ada beberapa kontinuiti yang belum diadun atau diikat supaya kisah tersebut benar-benar ada flow. Ini termasuk latar masa.
In the meantime, selalulah ke mari. Sila komen dan kritik. Saya terima, insya-ALLAH kerana saya ingin cerita ini dinikmati bersama.
TQSM.
Post a Comment