FRAGMEN 26: DETIK DEBAR
FOTO: vacationplanning.net
FRAGMEN 26
DETIK DEBAR
Klang Valley Hotel, Kuala Lumpur
FARIZ baharu sahaja merapat pintu bilik 2022 tatkala Jennifer keluar dari bilik mandi. Sebentar tadi, dia menyelinap ke bilik Jennifer untuk melekatkan alat intipan microbug yang berfungsi untuk mengenalpasti lokasi seseorang. Beberapa alat curi dengar sebesar kepala jarum peniti juga dilekatkan di pelbagai tempat bilik itu termasuk di barangan peribadi Jennifer.
Dengan perlahan-lahan Fariz bergerak ke bilik sebelah di mana Normala berada. Wanita itu sedang menatap skrin monitor yang memaparkan imej di bilik Jennifer. Fariz langsung menghampirkan pandangannya ke skrin monitor. Menumpukan perhatian melihat pergerakan Jennifer di dalam biliknya.
“Wei! Tengok ke tempat lain, cepat!” sergah Normala.
Darah panas terasa naik ke mukanya. Fariz segera menoleh ke arah jendela. Malu bila terpandang gadis mat salih itu berkemban!
JENNIFER hanya mengenakan pakaian kasual. Berblaus dan berjaket serta berjean. Meskipun di malam hari, cuaca panas tropika membuatkan dia lebih selesa berpakaian tipis. Sambil menyisir rambutnya, Jennifer menghantar berita dan gambar-gambar liputannya di Kelang sebentar tadi melalui e-mel. Dalam beberapa saat sahaja dia menerima panggilan daripada ayahnya.
“Jennifer! Tak payahlah kirim berita insiden di Selat Melaka tu,” kata ayahnya sebaik sahaja Jennifer mengangkat telefon. “Papa hendak kau buat liputan bisnes syarikat-syarikat Amerika di Malaysia. Bukan yang lain daripada itu.”
Jennifer mendengus tidak puashati. Baginya, berita yang dikirimkan itu lebih mustahak. Mahu sahaja dia menjawab dengan kasar bagi melepaskan geram terhadap ayahnya kerana cuba mengekang kebebasannya sebagai wartawan. Namun, dipendam sahaja perasaan itu.
“Jennifer… are you still there?”
“Papa… saya tahulah apa yang saya buat. Berita itu saya dapat secara kebetulan. Liputan perniagaan akan saya mulakan esok, okey?”
“Ha, macam itulah anak papa. Be a good girl!”
“Hmm… saya ada temujanji sebentar lagi…” jawab Jennnifer seraya mematikan talian. Tidak peduli sama ada tindakannya itu akan mengecilkan hati bapanya.
Sambil berlangir, Jennifer bernyanyi-nyanyi kecil. Menyenangkan hatinya yang jengkel. Namun, satu alunan suara di TV menghentikan nyanyiannya. Lantas dia mengalihkan pandangannya ke arah peti kaca itu.
Perlahan-lahan Jennifer melangkah lalu duduk di birai katil. Terpegun dengan lagu yang dialunkan dari kaca TV. Azan di TV 1! Sudah lama dia tidak mendengar suara azan sejak sekembalinya ke Amerika. Pada senja ini, dia mendengar lagi alunan suara yang memanggil kaum muslimin menunaikan solat.
Fikirannya segera terimbau suasana di Palestin. Bunyi jet pejuang Israel tiba-tiba menderu lalu membingitkan telinganya. Bunyi desiran peluru roket, petikan senjata api, bom dan suara hiruk-pikuk mangsa-mangsa peperangan yang meratap dan menangis mula terngiang-ngiang di telinganya. Jennifer memejam mata dan menutup telinganya. Tidak tertahan dengan kebisingan peperangan. Dahinya berkerut melihat tragedi yang diulangtayang di mindanya.
Namun, perlahan-lahan suara azan menyelit di pendengarannya. Suara itu kian nyaring dan mendayu-dayu. Menenggelamkan bunyi hiruk-pikuk kemelut di Palestin. Perlahan-lahan hatinya menjadi tenang. Jennifer menghela nafasnya dalam-dalam. Perasaan sunyi dan nyaman terasa menyelinap di sanubarinya. Jennifer membuka matanya. Lalu menatap montaj yang tertayang di kaca TV sehingga selesai.
Tanpa dia sedari, air matanya merembes mengalir di pipi. Perlahan-lahan Jennifer mengelap kelopak matanya dengan jejarinya. Lalu menekur melihat kesan air mata di jari telunjuknya. ‘What the…’ kata hatinya. Dia tersenyum. Hairan mengapa dia menangis.
The Rendezvous, Hotel Empire, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
JENNIFER baharu sahaja meletakkan punggungnya bila tersedar seseorang menghampiri mejanya. Dia mendongak. Memandang lelaki yang tersenyum kepadanya. Tampak sangat yang lelaki itu hanya menghadiahkannya senyuman plastik. Jennifer segera menoleh ke arah lain.
“Well, I never expect to meet you here in Kuala Lumpur…” ujar Jennifer dengan selamba. Dia juga mempamerkan rasa jengkel di hatinya dengan suara yang mendatar.
“Surprised?” jawab lelaki itu.
“Maafkan saya, Mr. David Doron… sebenarnya saya ada temujanji dengan seseorang daripada kedutaan.”
“Sayalah orangnya,” kata Setiausaha Akhbar Presiden Amerika itu.
“Janganlah bergurau. Sekarang bukan masanya,” ujar Jennifer spontan.
“Betul. Saya yang pinta pihak kedutaan mengaturkan pertemuan ini.”
Lelaki itu menarik kerusi dan terus duduk tanpa dipelawa. Jennifer mengeluh. Mempamerkan wajah meluatnya. Tidak suka bertemu dengan lelaki ini. Pertengkarannya dengan David Doron di Pusat Media, White House masih jelas terbayang di matanya.
“Listen here, young lady… awak jangan buat kecoh di Malaysia. Saya tau, awak membuat liputan mengenai kematian rakyat Malaysia dalam insiden di Selat Melaka.”
“Itu kerja saya. Macamlah awak tak tau!”
“Jangan bermain api, Jennifer. Awak tak tau kesan pemberitaan awak terhadap imej Amerika!”
“Hah! Imej, konon! Itu sahaja yang dipentingkan oleh orang macam awak!”
“Please, Jennifer…” David mengendurkan suaranya. Seakan-akan berbisik dan merayu. Jennifer kehairanan. Berkerut dahinya melihat David yang menatapnya dengan penuh harap. “Awak tau, tak… esok Presiden kita akan ke mari,” bisik David. “Biarlah John Martinez menyelesaikan kes itu dengan Perdana Menteri Malaysia. Ia adalah soal diplomatik. Lagipun, Amerika adalah pelabur yang terbesar di Malaysia. Tolonglah, Jennifer…”
Jennifer menekur. Memandang alas meja berwarna merah jambu. Dia mendongak dan memandang ke sekeliling. Melihat para pelanggan lain yang sedang menjamu selera. Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke arah David Doron. Perlahan-lahan dia mengorak senyuman.
“Okey, David. Saya akan fokus dengan tugasan saya sebagai wartawan bisnes. Saya berjanji tidak akan mengganggu ketenteraman Amerika yang saya sayangi!”
“Oh, terima kasih, Jennifer,” jawab David dengan senyuman. Tangannya segera dihulur untuk berjabat dengan gadis itu.
Jennifer mengekori langkah David meninggalkan mejanya dan hilang ditelan kesibukan manusia di kafe ini. Setelah pasti lelaki itu sudah menjauh, Jennifer lantas berdiri. Setelah menghempas napkin ke atas meja, dia melangkah pergi.

4 comments:
Salam...
Jennifer menangis???erm.....
apakah itu??
Mohon terlepas daripada belenggu Amerika...
jennifer tu mcm dpt hidayah je?
Anonymous... Jennifer menangis mungkin kerana nostalgik dgn suasana kerja di Palestin.
MK... hidayah? Hmm... macam dapat hidayah. :)
hm, mungkin jugak jennifer terkenang kenangan di palestin. kenangan yang mengusik jiwa. ke mana pulak ye jennifer lopez tu nak pi ye selepas berjumpa dengan david doron tu? rasanya, janji jennifer tu hanya di bibir saja kot.. woha en norden.
Post a Comment