FRAGMEN 27: DETIK DEBAR
Foto: muslimdaily.net
FRAGMEN 27
FRAGMEN 27
DETIK DEBAR
Andrews Air Force Base, Maryland
PUSAT Kawalan Lapangan Terbang Andrews baharu sahaja memberi kebenaran kapal terbang kargo C141 Starlifter untuk berlepas menongkah udara dan membelah malam. Kini, yang masih tampak di mata hanyalah kelip-kelipan lampu keselamatan daripada kapalterbang itu di langit. Deru enjinnya mula semakin sayup-sayup kedengaran.
Kapal terbang yang membawa lima buah limosin termasuk Cadillac One ~ kenderaan rasmi Presiden Amerika diarahkan berlepas terlebih dahulu. Ia adalah prosedur standard pihak Secret Service demi keselesaan presiden mereka.
Seperti biasa, pihak keselamatan akan membekalkan pengangkutan kereta untuk presiden mereka walau di mana pun pemimpin itu menjejakkan kakinya di merata pelosok dunia.
Sebentar lagi, kapal terbang Air Force One, iaitu dari jenis Boeing 747 pula akan berlepas. Enjinnya pun sudah dihidupkan. Mereka hanya menanti helicopter yang dikenali sebagai Marine One membawa Presiden Amerika daripada White House untuk mendarat. Beliau dalam rangka kunjungannya ke Malaysia.
Di bilik menanti, Ed Arden, Ketua Secret Service yang bertanggungjawab menjaga presiden sedang duduk tersandar dengan kedua-dua kakinya tersilang di atas sofa di hadapannya. Sesekali dia meneguk Coke di dalam tin yang sentiasa dalam genggamannya.
Ed menekur melihat jam tangannya. Lalu menoleh ke dinding untuk membandingkan ketepatan waktu jam di dinding dengan jam tangannya. Kemudian dia mengeluh. Sesekali matanya teralih ke sebuah beg yang dikenali sebagai the football. Beg itu kini di bawah kelolaannya.
The football adalah sebuah beg kulit khas yang berwarna hitam. Seberat 18 kilogram, ia bukan sembarangan beg. Malah, ia sebuah beg yang boleh menghancurkan dunia kerana di dalamnya mengandungi kod-kod untuk meledakkan bom nuklear. Dalam waktu-waktu kecemasan, Presiden Amerika mempunyai kuasa mutlak di tangannya untuk melancarkan serangan mahupun pertahanan demi keselamatan Amerika.
Fonsel Ed bergetar.
“Ya… Dave. Aku dah bosan menanti presiden engkau tu. Dah 17 minit dia terlewat. Menyusahkan orang.”
“Macamlah engkau tak tahu dia, Ed,” jawab David Doron dari Malaysia.
“Apa cerita di Malaysia tu? Aku dengar ada demonstrasi…” tanya Ed Arden.
“Ya, keadaan semakin mendidih di sini. Demonstrasi di mana-mana. Semakin ramai rakyat Malaysia yang marah kerana insiden di Selat Melaka.”
“Hei, itu akan menjadi masalah aku nanti!”

“Ah, biarkan saja. Lagi ramai orang marahkan Amerika, ertinya mereka akan ingat pada John Martinez. Itu bagus untuk kita sebagai penjulang demokrasi,” jawab David.
“Kau orang media, sememangnya gila. Aku tak akan izinkan mana-mana pihak mengkritik Amerika dan Presiden kita. Nampaknya pihak di Malaysia perlukan bantuan orang seperti aku!” ujar Ed seraya mencebir bibirnya.
“You’re welcomed to Malaysia…”

Kedutaan Amerika, Jalan Ampang
HIRUK-PIKUK pendemonstrasi semakin membingit telinga bila lebih 1,000 orang mengambil bahagian. Terdapat beberapa orang yang terjerit-jerit berucap dengan menggunakan hailer secara serentak hingga menghingari suasana. Meskipun suara mereka saling bertindih, namun tujuan pekikan mereka hanyalah satu – mengutuk kemungkaran Amerika di Selat Melaka.
Jalan Ampang yang selalunya sibuk semakin sesak kerana banyak kenderaan terpaksa mengurangkan kelajuan apabila menghampiri kawasan ini. Ada juga pemandu yang sengaja memperlahankan kereta kerana ingin tahu apa yang terjadi.
Perhatian orang ramai menjadikan para pendemonstrasi semakin naik semangat. Jika tadi, mereka hanya mengibarkan sepanduk, kini ada yang sudah mula menahan kenderaan dan memaksa pemandunya membunyikan hon. Pihak FRU yang pada awalnya hanya mengawal keadaan terpaksa membina benteng manusia sebagai tindakan menghalang mereka yang berdemonstrasi mengganggu lalu lintas.
Oleh kerana jumlah yang ramai, mereka yang berdemonstrasi jadi semakin berani. Anggota polis yang berkawal mula menerima ejekan dan herdikan yang sengaja diluahkan untuk memprovok pihak keselamatan. Pihak polis terus memberi amaran demi amaran agar mereka bersurai. Namun, bila ada sepanduk mula dibakar, pihak polis terpaksa bertindak. Beberapa orang pendemonstrasi mula ditangkap. Akibatnya mereka yang lain mula bercempera lari menyelamatkan diri kecuali seorang pemuda yang masih garang berdiri di atas tembok sambil terjerit-jerit berucap dengan nada yang sungguh bersemangat.
Seorang pegawai polis yang nampak aksi pemuda itu terus bergegas untuk menangkapnya. Namun, pemuda itu tiba-tiba terjun daripada tembok sebaik sahaja pegawai polis itu menghampirinya.
Pegawai itu sempat merentap tangan pemuda itu lalu memaksa dia membaling hailernya ke arah pegawai polis itu. Ketika pegawai itu mengelak, pemuda itu dapat mengeluskan dirinya. Tetapi langkahnya mati kerana tidak menemui jalan keluar kerana dipenuhi rakan-rakannya. Dia tertoleh-toleh memandang keadaan di sekeliling.
Ketika pandangannya terpaling ke arah pintu masuk kecil berhampiran dengan pos kawalan kedutaan, dia nampak seseorang menggamitnya. Tanpa berfikir panjang, dia berlari melepasi pintu pagar itu. Lelaki yang menggamitnya itu terus merapatkan pintunya.
“Tahniah… saya nampak keberanian kamu.”

“Terima kasih,” jawab pemuda itu dengan termengah-mengah.
Dia memandang mat salih yang berkacamata hitam itu. Tiba-tiba baru dia sedari apa yang dilakukannya. Dia mengkritik Amerika, tetapi kini telah memasuki halaman kedutaan negara yang dibencinya! Lantas dia tertoleh-toleh ke arah luar pagar kedutaan.
“Jangan bimbang. Kami percayakan demokrasi. Kami tak marah kamu menyuarakan kebodohan kami. Kami hormati kamu.”
Kata-kata itu membuatkan pemuda itu memandang lelaki mat salih itu penuh kehairanan. Mat Salih itu lantas menghulurkan tangannya.
“Siapa nama kamu?”
“Err… nama saya Bakar… Bakar Buang.”
“Oh, itu nama yang sangat unik. Bukankah dalam bahasa Malaysia, Bakar bermaksud burn. Buang pula bermaksud throw. Bakar Buang boleh bermaksud burn and thrash?”
Pemuda itu tersengih-sengih malu bila mendengar namanya ditafsirkan begitu. Seketika kemudian, dia bertanya…
“What’s your name, sir?”
“My name? Hmm… I’m David. David Doron!”
7 comments:
Habis la. David Doron dah jumpa Bakar Buang.. Ayat 5baris dari bawah, tu, memang Buang Bakar ke En Norden? ke Bakar Buang? Lari..
Ermmm..en.eyman, ayat yang terakhir 2..
dalam bahasa inggeris@bahasa malaysia..hehe
Oh...apakah tujuan David Doron ni..
semakin berdebar..All the best En,.Eyman!
Akim... rasa-rasanya memang abis budak tu. David Doron tu saya nak jadikan villian. Semoga dia jadi sejahat Bruce MacCallum ~ si penjahat kolar putih.
Ya, namanya Bakar Buang, bukannya Buang Bakar. Dapat idea daripada maksud Kem Wardieburn (yang kat Setapak tu)yang bermaksud war, die & burn iaitu strategi Inggeris dalam memerangi Jepun.
Anonymous... ayat dalam bahasa Inggeris untuk menghidupkan mood. Oh ya, tujuan David Doron ialah, ialah... ;) Terima kasih kerana singgah selalu.
u r welcome..rugi laku tak ikuti perkembangan DD ni..
oh...en.eyman...saya maksudkan prase ni...(Bukankah dalam bahasa Malaysia, Bakar bermaksud burn. Buang pula bermaksud throw. Bakar Buang boleh bermaksud burn and thrash?” )diTUKARKAN KEPADA bukankah dalam Bahasa Inggeris,Bakar bermaksud burn. Buang pula bermaksud throw. Bakar Buang boleh bermaksud burn and thrash?”
itu aja...=)
ada fening skit...=)
Anonymous, benarlah maksud buang itu throw dari segi istilahnya. Ia juga bermaksud thrash atau dibakulsampahkan = buang.
Thrash lebih berslanga Amerika, sementara throw adalah bahasa Inggeris.
=)
;)...hehehe...betul la Abang Eyman...dlm kelas klu salmah ckp kat anak amerika... "throw it away" doang terkedip2 mata...kalau..."thrash it" laju jek dia campak masuk tong sampah! siap dgn gaya ala score basketball lagi!
ala Bruce MacCallum!...hu..hu..hu..pasti menyengat!
Hi, Salmah,
Lama tak ke mari, kan? Teringat lagi kat Bruce McCallum? Huhu.
Post a Comment