FRAGMEN 28: DETIK DEBAR
foto: hudagurl84.blogspot
FRAGMEN 28
DETIK DEBARU-Bowl, One Utama, Petaling Jaya
SUASANA di Pusat Boling U-Bowl ini sama seperti di mana-mana pusat boling yang lain ~ bising. Bunyi bola-bola boling yang menggolek di lorong masing-masing menggamat suasana. Seperti gemuruh yang tiada henti.
Memang ramai sekali para pengunjung yang berada di pusat ini. Masing-masing kelihatan ceria berekreasi. Bila seseorang memperoleh strike, suasana menjadi riuh rendah dengan tepukan rakan-rakan. Bila bola seorang pemain boling bergolek ke dalam gutter dan tidak sampai pun ke pin, suasana juga lebih gamat. Dia yang tidak pandai bermain terus dikutuk oleh rakan-rakannya.

Tatkala menghampiri ke pusat boling ini, dada Moussa Arafat serta-merta berdebar-debar. Bunyi bergemuruh ini saling tak tumpah seperti bunyi deruan jet-jet Israel yang melintas di perkampungannya di Palestin.
Memorinya segera melayang dan memaparkan imbasan jet-jet Israel yang membelah langit. Bunyi deruman enjin jet itu akan diikuti dengan bunyi dentuman bom. Suasana akan menjadi huru-hara. Darah dan air mata akan mengalir kerana pasti ada yang hilang rumah dan hilang nyawa.
Moussa membontot temannya Ali memasuki pusat ini. Dia yang belum pernah tiba di Malaysia kelihatan takjub dengan keadaan santai dan gembira masyarakat di sini. Ia berbeza sekali dengan keadaan di negaranya.
Hatinya terusik. Kalaulah keadaan di negaranya begini, pasti dia akan bahagia. Namun, kini dia sebatang kara di dunia ini. Isteri dan kedua-dua anaknya sudah pergi menghadap Illahi angkara kemungkaran Zionis. Mengingatkan itu, Moussa mendengus.
“Ke mana kita?” Akhirnya Moussa bertanya bila tumpuannya berada di suasana kini.
Ali tidak menjawab. Dia hanya menonong melewati meja-meja makan di dalam pusat boling ini. Lalu menuju ke almari locker. Entah bila ada kunci di tangannya, Moussa tidak perasan.
Ali tidak menjawab. Dia hanya menonong melewati meja-meja makan di dalam pusat boling ini. Lalu menuju ke almari locker. Entah bila ada kunci di tangannya, Moussa tidak perasan.
Seketika sahaja pintu salah sebuah locker itu dibuka dan Ali mengeluarkan sebiji bola boling yang dibungkus kain. Tanpa bercakap, dia terus duduk di salah sebuah kerusi di kiosk minuman di situ. Dua gelas air oren dipintanya.
Moussa mengeluh pula bila melihat Ali duduk tersandar memerhati mereka yang bermain boling. Seolah-olah dia hendak berehat lama di situ. Sedikit pun dia tidak mempedulikan Moussa. Seolah-olah lelaki itu tiada bersamanya.
Sebaik sahaja minuman tiba, Ali terus membayarnya. Kemudian dia mengeluarkan penyedut minuman dari gelasnya. Lalu terus menggogok minuman sampai habis. Kemudian dia terus bangun. Membuatkan Moussa terpinga-pinga.
“Minumlah…” ujar Ali seraya terus melangkah.
Mulut Moussa berkerinyut geram. Tekaknya yang haus perlu dibasahi. Namun tindak–tanduk Ali yang tidak menyempat itu membuatkan hatinya membungkam. Direnungnya minuman yang dingin itu buat seketika. Tanpa menyentuhnya, dia terus bangun dan mengekori Ali meninggalkan premis itu.
“Apa yang ada di dalam bungkusan itu?” tanya Moussa.
“Bola boling.” jawab Ali tanpa menoleh.
“Bola boling? Untuk apa?”
“Senjata.”
“Senjata? Senjata bola boling?” Moussa kian teruja untuk bertanya.
Ali tesengih sinis. Langkahnya terhenti. Dia memandang Moussa buat seketika.
Kemudian berkata perlahan, “Apa yang bola boling buat kecuali memecah kepala orang?”
Kemudian berkata perlahan, “Apa yang bola boling buat kecuali memecah kepala orang?”
“Kepala siapa yang hendak kita pecahkan?” soal Moussa semakin hairan.
“Kau begitu mentah, Moussa. Sebab itu kau belum faham, saudaraku,” jawab Ali.
Moussa mengeluh dan tergeleng-geleng. Benar-benar tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Ali. Buat beberapa ketika dia membiarkan sahaja Ali melangkah meninggalkannya.
Namun bila menyedari yang dia tidak mahir dengan jalan keluar daripada kompleks membeli-belah ini, dia bergegas mengejar Ali yang sudah memasuki lif.
Namun bila menyedari yang dia tidak mahir dengan jalan keluar daripada kompleks membeli-belah ini, dia bergegas mengejar Ali yang sudah memasuki lif.
Bersambung di minggu hadapan, insya-ALLAH...
2 comments:
Oh, Ali yang telah selamatkan Moussa Arafat hari tu.. tu bola boling ke atau bom baling En.Norden? Haha, dah dapat agak yang ada sesuatu dengan bola boling tu, bila si Ali buat donno je kat Moussa. ;) Btw, apa yang si Ali nak buat dengan bola tu? Jom kawan2, kita baca@lrt KL SENTRAL 20/2 ni. Jom kita gamatkan.
Bola boling ke bola baling? Ha catchy frasa tu, Akim. ada baca tentang baca@lrtKLSENTRAL. satu gimik yang bagus dan ada impak.
Seterusnya dicadangkan agar diadakan pada satu-satu waktu berkala seperti jam 3.00 ptg setiap Sabtu pertama tiap bulan. BAru makin ramai yg akan join. Tahniah.
Post a Comment