Saturday, July 4, 2009

DETIK DEBAR: FRAGMEN 2

KISAH SETAKAT INI:
FARIZ ZAFAR, ejen perisik Biro Risikan Negara (BISIK) ditugaskan ke selatan Thailand sebagai penyeludup manusia. Dirinya yang releks ketika memandu bertukar cemas bila sebuah kenderaan pacuan empat roda mula mengekori...
_______________________________________________________________________________



Foto: fajrinrashid.wordpress.com
FRAGMEN 2

DETIK DEBAR


Jalanraya Narathiwat-Pattani, Selatan Thailand

‘TAM! TAM!’

Bunyi letupan senjata api mengalih lamunan Fariz ke situasi kini dan di sini. Dia cuba memandang kenderaan yang mengekorinya melalui cermin sisi di kanan keretanya. Matanya terkebil-kebil bila mendapati cermin sisi itu sudah hilang! Malah, bingkainya sudah lesap. Pasti ia ditembak pemandu yang mengejarnya. Pandangannya teralih pula ke cermin di sisi kiri kenderaannya. Peluh dingin mula merembes di tengkuknya bila mendapati cermin itu juga telah ghaib ditembak!

Dadanya mula berdebar kencang. Suara hatinya berkata yang dia kini dalam bahaya! Ya. Kenderaan di belakangnya ini bukan muncul secara kebetulan. Tetapi ia mendatang secara terancang! Soalnya, siapa pemandu itu? Orang-orang Awut Chaovalit? Mustahil. Dia ke mari kerana menyamar sebagai penyeludup manusia untuk Awut. Untuk apa, Awut menyuruh talibarutnya mengganggu Fariz?

Musuh-musuh Awut? Tak mungkin. Awut menguasai keseluruhan kawasan di Selatan Thailand ini. Tak ada sesiapa yang berani memasuki wilayah Awut di sini, apatah lagi cuba mengganggu perniagaannya. Polis Thailand? Tak masuk akal. Operasi untuk membongkar rangkaian Awut Chaovalit ini adalah sebuah misi dengan kerjasama Polis Thailand. Maklumat ini diberitahu oleh bosnya sendiri, Tuan Aziz Tuan Ghani. Kalau begitu, siapa yang mengejarnya?

‘Tam! Tam! Tam!’

Kedengaran cermin belakang keretanya pecah berderai. Fariz tak menoleh. Sebaliknya, dia menarik nafas. Tubuhnya dikeraskan. Pemegangannya di stereng dikejapkan.Tapak kakinya terus menekan pedal minyak hingga jejak ke lantai kereta. Dan kenderaan empat rodanya meluncur laju. Pandangannya kini tertumpu ke hadapan. Mengecam struktur jalan. Ekor matanya mengimbas di kiri dan kanan jalan. Mana tau ada kenderaan lain yang muncul untuk menyekat kenderaannya.

“Bunyi apa tu, Fariz? Orang nak tidur pun tak senang!” kedengaran suara Normala, rakan setugasnya melalui alat komunikasi yang terselit di telinganya.

“Mala… baring diam-diam! Bahaya! Nanti terkena peluru sesat. Ada musuh mengejar kita!” jerit Fariz.

Dalam misi ini, Fariz menyamar sebagai penyeludup manusia. Mangsanya pula adalah Normala, rakan setugasnya. Wanita itu kini berada di dalam bonet keretanya dalam keadaan terikat dan kononnya ditidurkan dengan suntikan dadah. Bila wang dan manusia bertukar tangan, Normala akan bertindak dari dalam sementara Fariz akan mengekori dari luar bersama BISIK dan pihak Polis Thailand.

Kejayaan misi itu akan dapat merungkai rangkaian penyeludupan manusia Malaysia-Thailand Awut Chaovalit. Kejayaan misi BISIK melalui gabungan Fariz-Normala adalah melengkap sebuah jigsaw puzzle yang rumit. Begitulah taklimat yang diterima mereka daripada Tuan Aziz di Bilik Gerakan BISIK.

“Siapa dia orang tu?” tanya Normala.

“Tak tau! Tapi dia orang tu sharp shooters! Dia orang boleh menembak dengan tepat,” jawab Fariz tanpa menerangkan lebih lanjut bahawa tembakan tepat yang dimaksudkannya adalah bedilan ke atas kedua-dua cermin sisi kenderaannya.

“Habis tu, engkau nak suruh aku duduk diam-diam? Biar aku ajar dia orang!”

“Jangan!. Jangan tarik perhatian orang lain. Biar saya acah kenderaan tu. Pekan Sai Buri pun tak jauh lagi. Kat sana, ada banyak lorong! Saya boleh ciluk mereka!”

“Mana sempat sampai kat pekan tu! Dia orang dah dekat sangat dengan kereta kita! Kalau dia orang dapat himpit kereta kita, habislah, Riz!” bantah Normala.

“Dengarlah cakap saya. Saya tau apa saya nak buat. Percayalah!”

Normala tidak menjawab. Mungkin bersetuju dengan cadangannya.

‘Tam! Tam! Tam! Tam!’

Bunyi peluru berdesir di kiri dan kanannya membuatkan darah Fariz menyirap! Secara spontan, dia mengepal pistolnya kemas-kemas lalu berpaling untuk menembak! Tetapi gerakannya terkaku bila mendapati kenderaan pacuan empat roda yang mengekorinya sudah berada jauh kira-kira 50 meter di belakang kerana dipandu perlahan. Seperti enggan mengekori keretanya lagi.

‘Apa muslihat dia orang pulak?’ Fariz tertanya-tanya di dalam hati.

‘Ponnnnnnnnnnnnnnnnnnn…’

Bunyi hon kenderaan yang membingitkan membuatkan Fariz menoleh kembali ke hadapan. Matanya terbuntang bila terpandang kemunculan sebuah treler. Semakin mendekat, bentuknya semakin membesar. Bagai raksaksa yang mendatang! Dengan tergopoh-gapah, Fariz terus menekan brek secepat dan sekuat hatinya

“Mala! Ada treler kat depannnnn… ALLAHuakbarrrrrrr…” takbir Fariz sekuat hatinya bila treler itu kian menghampiri. Dia sudah bersedia menghadapi impak pertembungan keretanya dengan treler itu.


Kunjungi laman ini kembali pada Sabtu, 11.7.09 untuk fragmen 3 , insya-ALLAH...



The Making of fragmen 2:
Inspirasi latar tempat : http://www.youtube.com/watch?v=QXJiYV9K77Q
Muzik ketika menulis bab ini: http://www.youtube.com/watch?v=pRpFBFzE9xM

20 comments:

Web Sutera July 4, 2009 at 9:16 AM  

Aiseyman! Treler???

eyman hykal July 4, 2009 at 12:11 PM  

Yup! :)

eyman hykal July 5, 2009 at 9:22 AM  

Komen drp ciklie: salam, semakin mendebarkan detik2 MM2 neh.. barulah kena dengan ayat.. "aku meredah hujan peluru.." tahniah!!
EymanHykal: Trimakasih, Ciklie!

Anonymous July 5, 2009 at 9:25 PM  

Salam..Detik debar kali ni memang mengujakan..AllahuAkbar,semakin menjadikan peminat ternanti2 episod seterusnya!

eyman hykal July 7, 2009 at 5:00 AM  

Anonymous...
Mudah-mudahan saya dapat terus menguja anda. Amin.

eyman hykal July 7, 2009 at 5:05 AM  

Dari torpedo: Argh.. Aku tak nak baca kebocoran maqlumat ini. Aku nak baca bila dah keluaq seketoi. Bila nak dilancarkan?

Eyman: Ni tighaih (tiris)... blom bocoq lagi. Dok tgh pulun ni... tak tau bila nak dilancarkan. :)

Dari ina: waaahhh!detik debar kian hangat!jgn la normala jd korban lak...sy jg pompuan je..huhu

Eyman: Masalahnya, Normala akan... akan... isk, isk, isk...

Dari ina: ye la torpedo..bila laaa nak kaur nvlnye ek

Eyman: Lambat lagi kuar. Sebab tu lah, buat fragmen dulu.

Web Sutera July 7, 2009 at 7:30 AM  

Sahabat semua, jom kita provoke sdr Ayman. JOM! hahahha...

eyman hykal July 7, 2009 at 9:21 AM  

Wei, wa tgh tension ni, wei! ;)

Anonymous July 7, 2009 at 10:42 PM  

haha..ape provoke2 ni..xnak masuk campur :)
come on la..bagi moral support la kawan..En.eyman jangan tension2..teruskan usaha terbaik..saya setia menanti..tapi jangan lame22..tak sabar gak kadang2...huhu

eyman hykal July 8, 2009 at 5:30 PM  

Anonymous... TQ for the support. Tpi bila kata "jgn lame2... tak sabar gak kadang2..." jdi tensen balik.. hu3.

eyman hykal July 8, 2009 at 5:34 PM  

Komen drp sitinas: Salam..sabar2 sume..nantikan kemunculan novel yang mendebarkan dengan debaran dan kesabaran yang tinggi untuk hasil keluaran yang bermutu tinggi!(",)

EymanHykal: Sitinas... alamak. Takotla bile dipuji smacm gitu. Baru 2 frag... yg lain blom tntu bagus...

salmah July 9, 2009 at 2:39 AM  

salam abang eyman...
fuyooo...best la fregmen2 ni...tu baru fregmen, lom dibukukan lagi...
thailand...mmg macam2 masalah...PULO, anak2 yg dikhadamkan, dilacurkan, eh...mcm2 lah.
apa2 pun...moga mendapat idea dan menu yang kreatif untuk menghasilkan satu lagi novel aksi yang umph!
** err...bukan Fariz panggil Normala...kakak ke?

eyman hykal July 9, 2009 at 5:46 AM  

Salmah...

Wah... awak datang dari jauh ni, Salmah. BTW thanks kerana singgah ke mari. Thailand begitu menguja, Salmah dan anda yang lain ya? Tunggulah apa yang akan terjadi nanti pada Fariz.

Ya, Salmah... saya perasan yang Fariz hanya menyebut Mala, bukan Kak Mala. Mungkin 'kak' hanya disebut ketika Fariz berdepan dengan ejen regunya itu dan bukan pada ketika yang lain.
Mungkin, mungkin begitulah...

Anonymous July 10, 2009 at 2:53 AM  

Salam..cik Salmah, kontroversi je plak tentang panggilan Mala @kak mala..kan ada satu lagi watak heroin..semacam ada peluang cinta 3segi jer..hrmmm, kena tanya en.eyman la ...huhu2..hope semuanya selamat sejahtera..

eyman hykal July 10, 2009 at 3:36 AM  

Anonymous... mungkin bila lama sedikit bertugas, Fariz lebih selesa memanggil Mala aje. Boleh jadi buddy/sidekick, mentor atau just platonic love. Tengoklah chemistry antara keduanya. Saya sendiri belum fikirkan kecuali bila sampai masanya. :)

salmah July 10, 2009 at 6:31 PM  

Anonymous...hehehe...kadangkala, bila dah selalu bersama, perasaan halus meresap ke jiwa...buat hati jadi keliru...

Abang Eyman...platonic love...best tu...salmah sokong lah... ;p

eyman hykal July 11, 2009 at 4:07 PM  

Salmah...setuju? :)

Web Sutera July 12, 2009 at 7:32 AM  

Huh? Platonic love? ermm...(*sigh)

salmah July 13, 2009 at 10:55 PM  

Abang Eyman...salmah setuju.
pinjam kata-kata sunan..."sebagai manusia, aku sayang padamu"...hehehe

akimsensei August 23, 2009 at 9:45 PM  

mendebarkan.. apa jadi ng normala & jugak kawan den budak palapes tu?

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP